20 February 2010

Contoh Laporan Aktiviti

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU HAMPAR

32700 BERUAS,

PERAK DARUL RIDZUAN. Kod Sekolah : ABA 6017

Tel / Fax : 05-6775688


Email : skbhampar@ppdlms.edu.my


LATIHAN KAWAT KEBAKARAN BIL.01/2010

Rasional

Latihan kawat kebakaran diadakan pada setiap tahun, dari masa ke semasa. Latihan ini perlu bagi mempersiapkan murid-murid dan warga sekolah dengan pengetahuan dan tindakan serta langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan atau kebakaran. Sememangnya sesuatu bencana, kemalangan atau musibah boleh berlaku bila-bila masa tanpa diduga. Justeru semua warga sekolah perlu memahami dengan jelas mengenai langkah-langkah yang perlu di ambil sekiranya berlaku kebakaran atau bencana alam serta dapat bertindak secara spontan.

Matlamat

Mendidik murid-murid dan warga sekolah agar mengutamakan keselamatan dengan mengambil tindakan yang betul sekiranya berlaku kebakaran.


Objektif

  1. Memberi kesedaran kepada murid-murid dan warga sekolah agar sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan kebakaran.
  2. Melatih murid-murid dan warga sekolah agar dapat mengambil tindakan yang betul sekiranya berlaku kebakaran.
  3. Mendidik dan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada semua warga sekolah agar dapat mengambil langkah-langkah awal bagi mencegah kebakaran daripada berlaku.



Tentatif Program



Tarikh : 19 Februari 2010

Hari : Jumaat

Masa : 09.00 pagi

Tempat Berkumpul : Padang Sekolah

Aktiviti :

  1. 09.00 Pagi : Loceng kecemasan dibunyikan.

    : Semua warga sekolah bergerak ke tempat berkumpul di padang

    sekolah melalui laluan yang telah ditetapkan.

  2. 09.10 - 09.15 Pagi : Guru kelas mengambil kedatangan murid.
  3. 09.15 – 09.20 Pagi : Ulasan Guru Penolong Kanan HEM.
  4. 09.20 – 09.40 Pagi : Taklimat oleh Pegawai Bomba.
  5. 09.40 - 10.30 Pagi : Demonstrasi memadam kebakaran oleh Pasukan Bomba dan

    Penyelamat.

  6. 10.30 - 10.50 Pagi : Rehat
  7. 10.50 – 11.45 Pagi : Menyaksikan pameran jentera Bomba.

    : Penyampaian Cenderahati.

  8. 11.45 Pagi : Murid bergerak ke kelas masing-masing

( masukkan gambar )


CARTA ORGANISASI


JAWATANKUASA
KESELAMATAN


LAMPIRAN


( Contoh Surat )

No comments:

Post a Comment