21 February 2010

Penulisan Bahasa Melayu


 

Asas-Asas Mengarang


 

1. Menulis pendahuluan

2. Jenis-jenis perenggan

3. Penutup

4. Menganalisis soalan

5. Ciri-ciri karangan yang baik

6. Kaedah untuk merangka karangan

7. Panduan umum


 

1. Menulis Pendahuluan:

Sekurang-kurangnya ada lima (5) jenis pendahuluan iaitu:


 

a. Pendahuluan jenis definisi

Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan yang melanggar undang-undang atau peraturan. Jenayah bukan sahaja membabitkan orang dewasa malahan remaja dan kanak-kanak.


 

b. Pendahuluan jenis pendapat

Menurut Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir, pencemaran alam sekitar berpunca daripada kegiatan pembangunan dan pembakaran secara terbuka. Walau bagaimanapun, Pembangunan tidak boleh diberhentikan sama sekali.


 

c. Pendahuluan jenis suasana

Pada cuti sekolah yang lalu, Nabila sekeluarga telah melancong ke Pulau Tioman. Mereka menaiki bot ke sana. Bot mereka merempuh laut biru yang bergelombang.


 

d. Pendahuluan jenis soalan

Setiap orang perlukan kecemerlangan untuk menjamin kejayaan bagi diri mereka. Apakah yang dikatakan kecemerlangan? Apakah dengan kecemerlangan boleh membuatkan seseorang itu berjaya?


 

e. Pendahuluan jenisperibahasa

Peribahasa Melayu " sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna" dan "seperti aur dengan tebing". Amat sesuai ke arah mewujudkan masyarakat penyayang yang anggota-anggotanya

mengamalkan siafat-sifat yang menggambarkan wujudnya hubungan kasih sayang dalam sesebuah komuniti.


 


 


 


 

No comments:

Post a Comment