26 February 2010

Contoh laporan


 


 

Laporan Pertandingan Melukis Poster Sempena Hari Kemerdekaan

Peringkat Sekolah 2009.

PENDAHULUAN:

Aktiviti ini diadakan supaya murid-murid dapat menggunakan kreativiti dan kemahiran mereka

menghasilkan poster yang menarik bagi menterjemahkan semangat patriotisme sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan kali ke-52 Peringkat Sekolah.


 

RASIONAL:

Berfikiran kritis dan kreatif untuk menghasilkan karya seni disamping menyemai semangat patriotisme di kalangan murid.


 

OBJEKTIF:

    a.    Menguji kemampuan diri dari segi semangat berdikari, kemahiran dan rasa

tanggungjawab terhadap diri dan negara.

    b.    Menyemai semangat cintakan negara melalui tema pertandingan melukis.

    c.    Meraikan Hari Kemerdekaan dengan cara yang positif.


 

SASARAN:

Kelas Tahun 1 – Tahun 6.


 

STRATEGI PELAKSANAAN:

1.    Pertandingan dibahagikan kepada dua kategori iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. Dijalankan dalam

kelas masing-masing dengan diawasi oleh guru mata pelajaran.

2.     Masa bagi Tahap 1 ditetapkan selama satu jam manakala bagi Tahap 2 ialah satu jam tiga

puluh minit.

3.     Murid mewarna lukisan yang disediakan oleh pihak sekolah menggunakan media campuran.

4.    Hadiah akan diberi kepada Pemenang Pertama hingga Ketiga dari setiap kelas.

5.    Hakim terdiri daripada semua guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.


 

PENUTUP:

Pertandingan mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan semua murid. Semua hasil pertandingan dipamerkan di dalam kelas masing-masing.


 

KEPUTUSAN PERTANDINGAN: (Lampiran 1)


 

Disediakan oleh: 18 SEPT. 2006

.............................................................

(NAMA)

Setiausaha,

J/K Pertandingan Melukis Poster

Sambutan Bulan Kemerdekaan,

(Nama Sekolah)


 


LAMPIRAN 1

PEMENANG PERTANDINGAN MELUKIS POSTER HARI KEMERDEKAAN

PERINGKAT SEKOLAH 2009.

(Senaraikan nama pemenang)

Disahkan oleh:


 

(NAMA)

Ketua Hakim Pertandingan Melukis Poster

Hari Kemerdekaan,

Sek. Keb. Padang Gajah,

34800 Trong.

No comments:

Post a Comment